Tottenham akhiri kemarau kemenangan

Pierre-Emile Hojbjerg (tengah) meraikan jaringan pembukaan Tottenham Hotspur ketika melayan kunjungan Aston Villa di Stadium Tottenham Hotspur, London. - Foto AFP
Pierre-Emile Hojbjerg (tengah) meraikan jaringan pembukaan Tottenham Hotspur ketika melayan kunjungan Aston Villa di Stadium Tottenham Hotspur, London. - Foto AFP
A
A
A

TOTTENHAM Hotspur mengakhiri badi kekalahan dalam tiga perlawanan berturut-turut apabila mengatasi Aston Villa 2-1 dalam aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) di Stadium Tottenham Hotspur malam ini.

Dua jaringan daripada Pierre-Emile Hojberg minit ke-27 diikuti jaringan sendiri Matt Targett (71') memastikan kelab London tersebut kembali ke landasan kemenangan dengan mengumpul 12 mata setelah mengharungi tujuh perlawanan.

Aston Villa yang masih segar dengan kejayaan mengejutkan Manchester United 1-0 di Stadium Old Trafford sebelum ini mengurangkan defisit jaringan menerusi Ollie Watkins pada minit ke-67.

Kemenangan keempat liga itu secara tidak langsung mengurangkan tekanan terhadap pengendali Nuno Espirito Santo yang dikritik hebat selepas persembahan hambar Tottenham sejak kebelakangan ini.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!