Hisamudin azam perjuang agenda peningkatan kualiti hidup rakyat

Hisamudin ketika mengangkat sumpah di hadapan Yang Dipertua Dewan Negara, Tan Sri Dr Rais Yatim di Dewan Negara, Kuala Lumpur, pada Isnin.
Hisamudin ketika mengangkat sumpah di hadapan Yang Dipertua Dewan Negara, Tan Sri Dr Rais Yatim di Dewan Negara, Kuala Lumpur, pada Isnin.
A
A
A

SHAH ALAM - Senator Datuk Mohd Hisamudin Yahaya melahirkan keazaman untuk memperjuangkan agenda peningkatan kualiti hidup dan keselesaan rakyat di Putrajaya.

Beliau yang baru mengangkat sumpah sebagai senator di Dewan Negara pada Isnin berkata, perhatian akan diberikan terhadap perkara melibatkan golongan penjawat awam, sektor sukan dan pelancongan serta isu warga Kuala Lumpur.

“Saya akan istiqamah dalam melaksanakan tanggungjawab ini. Semoga mendapat kerjasama baik dari semua pihak, insya-ALLAH,” katanya yang juga merupakan Ketua Penerangan UMNO Bahagian Putrajaya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Pada masa sama, Ahli Eksekutif Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) itu turut melahirkan rasa syukur dan penghargaan atas kepercayaan serta amanah diberikan kerajaan kepadanya untuk menggalas tugas tersebut.

“Syukur alhamdulillah atas pelantikan saya sebagai senator bagi penggal 2021-2024. Saya menerimanya sebagai satu amanah dan semestinya satu tugas besar sedang menanti sebaik sahaja mengangkat sumpah sebentar tadi.

“Terima kasih atas perkenan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah; Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob; Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Ahli Parlimen Putrajaya, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor yang memilih saya untuk berkhidmat sebagai senator bagi mewakili Parlimen Putrajaya,” ujar beliau.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!