'Akal waras dikuasai nafsu'
ALOR GAJAH - Nafsu yang telah menguasai akal rasional menyebabkan empat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) menyatakan hilang kepercayaan terhadap kepimpinan Ketua Menteri Melaka.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rembia, Datuk Muhammad Jailani Khamis berkata, tindakan keempat-empat wakil rakyat itu menunjukkan akal waras mereka telah dikuasai nafsu untuk kepentingan peribadi.
"Ketika rakyat susah dan Melaka baru masuk fasa ketiga Pelan Pemulihan Negara (PPN) dan kita nak memastikan kehidupan rakyat bagus, tapi ada yang masing-masing kepentingan.
"Pulangkan mandat kepada rakyat, itu lebih baik," katanya ketika sidang akhbar di Masjid Tanah di sini pada Isnin.
Pada Isnin, empat ADUN mewakili kerajaan negeri mengumumkan hilang kepercayaan dengan kepimpinan Ketua Menteri, Datuk Seri Sulaiman Md Ali.
Empat ADUN tersebut ialah bekas Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Idris Haron (BN-Sungai Udang), Datuk Nor Azman Hassan (BN-Pantai Kundor), Datuk Norhizam Hassan Baktee (Bebas-Pengkalan Batu) dan Datuk Noor Effandi Ahmad (Bersatu-Telok Mas).
ARTIKEL BERKAITAN:Melaka bakal bertukar tangan?
ARTIKEL BERKAITAN:Politik Melaka: Dua wakil rakyat kerajaan didakwa buat pusingan U
ARTIKEL BERKAITAN:4 ADUN Melaka umum hilang percaya terhadap Ketua Menteri
ARTIKEL BERKAITAN:Sulaiman kecewa empat ADUN berpaling tadah
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!