Polis nafi laporan portal dakwa bandar Klang tak selamat

Polis menyifatkan dakwaan sebuah laman sesawang yang mendakwa bandar Klang sebagai paling tidak selamat untuk didiami di Asia Tenggara sebagai tidak benar dan mengelirukan. - Gambar hiasan (Gambar kecil: Arjunaidi)
Polis menyifatkan dakwaan sebuah laman sesawang yang mendakwa bandar Klang sebagai paling tidak selamat untuk didiami di Asia Tenggara sebagai tidak benar dan mengelirukan. - Gambar hiasan (Gambar kecil: Arjunaidi)
A
A
A

SHAH ALAM - Polis menyifatkan dakwaan sebuah laman sesawang yang mendakwa bandar Klang sebagai paling tidak selamat untuk didiami di Asia Tenggara sebagai tidak benar dan mengelirukan.

Laman sesawang tersebut meletakkan Klang di tempat ketiga sebagai paling tidak selamat di Asia di belakang dua bandar di negara bergolak iaitu Kabul, Afghanistan dan Damascus, Syria.

Ketua Polis Selangor, Datuk Arjunaidi Mohamed berkata, laporan tersebut dibuat berdasarkan data yang diperoleh daripada sumber yang tidak sahih dan tidak mewakili seluruh populasi di daerah Klang.

"Kaedah kajian secara kualitatif dan kuantitatif serta bilangan responden juga tidak menggambarkan atau mewakili keseluruhan masyarakat di daerah Klang.

"Maklumat yang terkandung dalam artikel yang diterbitkan oleh laman Numbeo berkaitan indeks jenayah dan indeks keselamatan tidak dapat dipastikan kesahihan dan sumbernya," katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Arjunaidi berkata, daerah Klang mencatatkan kadar jenayah sebanyak 163.68 kes bersamaan lapan peratus di bawah nilai ambang untuk tempoh 1 Januari hingga 30 September lalu.

"Mengikut statistik Polis Kontinjen Selangor mulai 1 Januari hingga 30 September 2021 bagi jenayah kekerasan telah melebihi nilai ambang sebanyak 31.76 kes bersamaan enam peratus.

"Sementara itu, jenayah harta benda untuk tempoh sama berada di bawah nilai ambang iaitu 195.44 kes bersamaan dengan 13 peratus. Keseluruhannya Klang berada di bawah nilai ambang iaitu sebanyak 163.68 kes," jelas beliau.

Artikel Berkaitan:

Sehubungan itu, Arjunaidi menasihatkan orang ramai supaya tidak gusar dengan laporan yang disiarkan oleh laman sesawang tersebut kerana data dipaparkan tidak menggambarkan fakta sebenar jenayah di daerah Klang.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!