Elly Mazlein nak naik pelamin...

Elly Mazlein
Elly Mazlein
A
A
A

PENYANYI, Elly Mazlein memilih untuk melangsungkan perkahwinan secara sederhana dengan lelaki pilihan hatinya.

Menurut Elly, bukan kerana sudah pernah melalui fasa duduk di jenjang pelamin tetapi cukup sekadar yang perlu dilakukan.

"Saya tidaklah bermaksud mahukan majlis perkahwinan lima hari lima malam, namun cukup cantik di pandangan mata.

"Jadi cukuplah satu malam sahaja. Lagi pun ini untuk momen bakal suami juga, takkan saya nak pentingkan diri sendiri," ujarnya kepada Sinar Harian.

No Image Caption

Terdahulu, Sinar Harian melaporkan penyanyi Usah Ditambah Bara Yang Tersimpan ini akan mengikat tali pertunangan sebelum mendirikan rumah tangga buat kali kedua.

Sebelum ini, Elly atau lebih mesra disapa Kak Lina pernah berkahwin dengan pengarah Azmi Hatta namun bercerai sekitar tahun 2015.

Hasil perkongsian mereka dikurniakan cahaya mata perempuan, Putri Sara Sefhia Azmi.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!