Wanita Iran dibenar tonton perlawanan bola sepak di stadium

Golongan wanita dibenarkan untuk menyaksikan perlawanan bola sepak antara skuad Iran menentang Korea Selatan di sebuah stadium negara itu pada 12 Oktober depan. - Foto AFP
Golongan wanita dibenarkan untuk menyaksikan perlawanan bola sepak antara skuad Iran menentang Korea Selatan di sebuah stadium negara itu pada 12 Oktober depan. - Foto AFP
A
A
A

TEHRAN - Wanita-wanita Iran buat pertama kalinya dalam tempoh dua tahun dibenarkan memasuki stadium bagi menyaksikan perlawanan bola sepak antara skuad negara itu menentang Korea Selatan pada kelayakan Piala Dunia pada 12 Oktober ini.

Kebenaran itu diumumkan melalui sebuah stesen televisyen milik kerajaan Iran.

Kali terakhir wanita dibenarkan menyaksikan perlawanan bola sepak ialah ketika Iran menentang Kemboja di Stadium Azadi, Tehran pada tahun 2019.

Dalam perlawanan itu, Iran menewaskan Kemboja 14-0.

Golongan wanita pada mulanya tidak dibenarkan untuk menyaksikan perlawanan bola sepak sejurus selepas revolusi Islam berlaku di negara tersebut pada tahun 1979.

Namun, hanya bilangan wanita dalam jumlah yang kecil sahaja dibenarkan untuk menyaksikan perlawanan bola sepak melibatkan pasukan negara tersebut sebelum ini. - Agensi

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!