Pemimpin lompat parti rosakkan demokrasi negara

Hasanuddin
Hasanuddin
A
A
A

SHAH ALAM - Pemimpin politik yang bertindak lompat parti telah merosakkan sistem demokrasi dalam negara ini.

Ahli Parlimen Hulu Langat, Datuk Hasanuddin Mohd Yunus berkata, politik di negara ini tidak stabil apabila terdapat kelompok parti dan individu yang bertindak melompat parti sejak kejatuhan kerajaan Pakatan Harapan (PH) di beberapa negeri sebelum ini.

Hasanuddin berkata, semua pihak terlibat adalah dalam kalangan pemimpin parti UMNO, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Pas dan sekutunya.

"Namun begitu, kami sentiasa bersedia untuk menstabilkan dengan mengutamakan kepentingan rakyat dan negara," katanya dalam kenyataan, pada Selasa

Hasanuddin berkata demikian sebagai maklum balas terhadap tindakan empat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) di Melaka yang mengumumkan hilang kepercayaan terhadap kepimpinan Ketua Menterinya, Datuk Seri Sulaiman Md Ali.

Empat ADUN terlibat ialah bekas Ketua Menteri, Datuk Seri Idris Haron (BN-Sungai Udang), Datuk Nor Azman Hassan (BN-Pantai Kundor), Datuk Norhizam Hassan Baktee (Bebas-Pengkalan Batu) dan Datuk Noor Effandi Ahmad (Bersatu-Telok Mas).

Idris yang mengetuai sidang akhbar berkata, semua mereka telah menghantar surat menarik sokongan berkenaan kepada Pejabat Ketua Menteri Melaka pada Isnin.

PH turut mengumumkan kerajaan negeri Melaka yang dipimpin Ketua Menteri, Datuk Seri Sulaiman Md Ali telah hilang majoriti susulan perkembangan itu.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!