KPT mohon peruntukan tambahan RM450 juta

Datuk Dr Noraini Ahmad
Datuk Dr Noraini Ahmad
A
A
A

KUALA LUMPUR - Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) telah memohon peruntukan tambahan RM450 juta untuk pelajar yang mengikuti latihan industri bagi tahun 2022.

Menterinya, Datuk Seri Dr Noraini Ahmad berkata, permohonan itu juga telah dihantar kepada Kementerian Kewangan.

"Kita di kementerian ada mohon peruntukan tambahan daripada Kementerian Kewangan dengan anggaran RM450 juta melalui Belanjawan 2022.

"Jadi, kita harap dapat dipersetujukan (permohonan peruntukan tambahan) oleh Kementerian Kewangan," katanya ketika sesi pertanyaan bagi jawab lisan di Dewan Rakyat pada Selasa.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan Datuk Mohd Fasiah Mohd Fakeh (Bersatu-Sabak Bernam) yang mahu tahu sama ada kementeriannya bercadang untuk meletakkan kadar elaun minimum kepada pelajar yang menjalani latihan industri di agensi kerajaan dan swasta.

Sementara itu, dalam perkembangan sama, Noraini turut memaklumkan kadar kebolehpasaran graduan pada tahun 2020 menurun sebanyak 1.8 peratus atau 84.4 peratus berbanding tahun 2019 iaitu pada kadar 86.2 peratus.

Katanya, peratusan itu diperoleh menerusi Kajian Pengesanan Graduan yang dilaksanakan KPT.

"Sebagai usaha untuk meningkatkan daya saing graduan di pasaran pekerjaan, kementerian telah melaksanakan beberapa langkah yang proaktif," katanya.

Artikel Berkaitan: