Saksi kes berprofil tinggi ditemui mati

Foto hiasan
Foto hiasan
A
A
A

GEORGETOWN - Seorang Ketua Pegawai Eksekutif sebuah syarikat pemaju hartanah ditemui mati dipercayai terjatuh dari tingkat atas sebuah kondominium di Jalan Kelawei di sini pagi Selasa.

Dalam kejadian jam 2 pagi itu, ahli perniagaan bergelar Datuk dikatakan terjatuh dari tingkat 17 sebelum ditemui penduduk berhampiran kolam renang dalam keadaan cedera parah.

Difahamkan, individu terbabit merupakan salah seorang saksi pendakwaan kes berprofil tinggi yang melibatkan projek mega di Pulau Pinang dan pernah dipanggil memberi keterangan di mahkamah sebelum ini.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Soffian Santong ketika dihubungi mengesahkan kejadian berkenaan.

"Buat masa ini saya hanya boleh sahkan memang ada kes individu mati jatuh bangunan di sebuah kondominium di Jalan Kelawei dan lelaki itu mati di tempat kejadian. Kes masih dalam siasatan," katanya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!