Itali negara Eropah paling banyak guna air

Itali muncul sebagai negara paling banyak menggunakan air minuman di Eropah dengan lebih sembilan juta meter padu air setiap tahun. - Foto Xinhua
Itali muncul sebagai negara paling banyak menggunakan air minuman di Eropah dengan lebih sembilan juta meter padu air setiap tahun. - Foto Xinhua
A
A
A

ROM - Itali muncul sebagai negara paling banyak menggunakan air minuman di Eropah dengan lebih sembilan juta meter padu air setiap tahun, menurut laporan kumpulan alam sekitar, Legambiente pada Selasa.

Laporan itu turut menyatakan, kira-kira 26 peratus penduduk negara ini juga terdedah kepada masalah kekurangan air disebabkan krisis iklim dan kemarau, lapor Agensi Berita Itali (ANSA).

Pada forum air kebangsaan 'A Circular Resource' edisi ke-3, Legambiente memaklumkan, Itali ketinggalan dalam aspek pengurusan air yang lestari.

Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), secara purata Itali menggunakan antara 30 dan 35 peratus sumber air boleh dibaharui, berbanding had ditetapkan Eropah iaitu tidak melebihi 20 peratus. - Bernama

Artikel Berkaitan:
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!