PRN Melaka: UMNO belum putus kerjasama parti lain

Datuk Seri Mohamad Hasan
Datuk Seri Mohamad Hasan
A
A
A

ALOR GAJAH - UMNO masih belum memutuskan kerjasama dengan mana-mana parti dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka kerana pada saat ini adalah penting memperkukuhkan jentera parti.

Timbalan Presidennya, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, dalam apa jua keadaan, jentera perlu bersiap siaga menyiapkan parti untuk berdepan sebarang kemungkinan yang akan berlaku.

Bagaimanapun katanya, terpulang kepada UMNO Melaka sama ada mahu berunding atau sebaliknya dengan Perikatan Nasional (PN) Melaka, namun segalanya mestilah mendapat keputusan pusat.

"Jangan kita harapkan kekuatan dari luar untuk membantu kita menang, kita mesti bina kekuatan dalam sendiri," katanya.

Beliau ditemui pemberita selepas mengadakan pertemuan dengan biro politik UMNO di Kampung Pulau, Masjid Tanah di sini pada Selasa.

Hadir sama, Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Zambry Abdul Kadir; Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan dan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh.

Beliau yang juga Pengarah Pilihan Raya parti berkata, berkenaan calon-calon Pilihan PRN pula, ia akan ditentukan menerusi rundingan-rundingan yang akan dijalankan bermula pada Rabu.

Ujar beliau, rundingan tersebut akan bermula di peringkat bahagian sebelum diputuskan kepimpinan pusat kerana watikahnya akan disokong oleh presiden parti.

Artikel Berkaitan:

"Calon belum ada kerana pada malam ini saya hanya berjumpa selaku Pengarah Pilihan Raya UMNO untuk memberi kata-kata semangat kepada anak buah saya supaya mereka bersiap sedia," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!