Penyanyi persis Sudirman akhiri zaman bujang
Dzul Mijie mengakhiri zaman bujangnya dengan gadis pilihan, Sharifah Nur Izzatul.
A
A
A
Muhd Dzul Hamizi Hanafi, 30, yang mempunyai bakat nyanyian persis Allahyarham Datuk Sudirman Haji Arshad, memilih gadis kelahiran Kampung Pasir Hor, Sharifah Nur Izzatul Iffah Syed Yasin, 25, sebagai suri hati,
Muhd Dzul yang aktif dalam dunia hiburan sejak 2009 berkata, keperibadian Sharifah Nur Izzatul berjaya menambat hatinya untuk membina rumah tangga bersama.
“Saya mengucapkan terima kasih kepada semua pihak termasuk peminat yang mendoakan kebahagian kami.
“Kami akan adakan majlis yang sama di Gelanggang Seni, pada 20 Januari ini,” katanya, selepas majlis akad nikah, semalam.
Muhd Dzul yang pernah menjuarai Pertandingan Nyanyian Patriotik di Seri Kembangan pada 2013 lalu berkata, dia kini sibuk dalam bidang pengarahan filem pendek bertajuk Bisu 2.
Ini katanya, hasil kejayaan pembikinan filem terdahulu iaitu Bisu, dan ia akan ditayangkan di laman social Facebook dan YouTube.
Selepas memenangi pelbagai kejuaraan dalam pertandingan nyanyian, Muhd Dzul berkata, dia terpaksa menghadkan masa daripada menyertai mana-mana pertandingan dan lebih menumpu kepada bidang persembahan, pembikinan skrip serta pengarahan.
Sementara itu, Sharifah Nur Izzatul berkata, dia akan berusaha untuk menjadi isteri yang baik dan menyokong karier suami sebagai seorang penghibur.
“Saya dah jadi peminatnya nombor satu dan pendorong kejayaannya dalam bidang yang diminati,” katanya.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!