Gempa bumi 6.0 skala Ritcher gegar Iwate, Jepun
TOKYO - Gempa bumi berukuran 6.0 pada skala Richter melanda wilayah Iwate, Jepun pada Rabu, lapor Agensi Berita Xinhua memetik Agensi Meteorologi Jepun (JMA).
Gempa berlaku kira-kira 2.46 pagi waktu tempatan dengan pusat garis lintang 40.0 darjah utara dan 142.4 darjah timur pada kedalaman 50 kilometer.
Setakat ini tiada amaran tsunami dikeluarkan. - Bernama
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!