Kematian akibat Covid-19 dunia hampiri lima juta: WHO

No Image Caption
A
A
A

AMMAN - Jumlah kes Covid-19 di dunia kini sudah melepasi 236 juta orang, manakala lima juta nyawa terkorban, menurut statistik terbaru Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), pada Selasa.

Agensi Berita Jordan (Petra) melaporkan jumlah kematian mingguan menurun di paras terendah sejak tahun 2020, ketika awal gelombang jangkitan kedua, selepas penurunan berterusan bermula akhir Ogos.

Jumlah vaksin yang diedarkan sehingga 4 Oktober berjumlah 123 dos per 100 orang di Amerika Utara berbanding hanya 11 dos di Afrika, menurut statistik itu.

Rata-rata penerima vaksin di separuh benua Afrika tidak melebihi dua peratus berbanding jumlah penduduk. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!