Ribuan penunjuk perasaan bantah pelan pembaharuan skim pencen
PARIS - Aktivis dan ribuan penunjuk perasaan melancarkan mogok di seluruh Perancis pada Selasa sebagai membantah dasar sosial Paris.
Mereka membantah pelan pembaharuan skim pencen selain menuntut penambahbaikan persekitaran perkerjaan di sektor awam dan swasta serta kenaikan gaji pesara, pekerja dan penjawat awam, lapor Agensi Anadolu.
Kira-kira 25,000 orang menyertai tunjuk perasaan di Paris.
Menurut Kementerian Pendidikan, lebih empat peratus guru turut menyertai mogok itu.
Paris sebelum ini menangguhkan pelan pembaharuan skim pencen pada Mac 2020 disebabkan pandemik Covid-19.
Pada September lepas, Presiden Emanuel Macron dilaporkan berkata, usaha pembaharuan akan dimulakan semula pada waktu yang sesuai. - Bernama
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!