PH belum puas hati perkembangan kemajuan MoU: Anwar

Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga Ahli Parlimen Port Dickson mengemukakan soalan ketika Mesyuarat Khas Penggal Ketiga Parlimen Ke-14 di Parlimen hari ini. - Foto Bernama
Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga Ahli Parlimen Port Dickson mengemukakan soalan ketika Mesyuarat Khas Penggal Ketiga Parlimen Ke-14 di Parlimen hari ini. - Foto Bernama
A
A
A

KUALA LUMPUR – Pakatan Harapan (PH) belum berpuas hati dengan perkembangan kemajuan Memorandum Persefahaman (MoU) Transformasi dan Kestabilan Politik yang ditandatangani bersama kerajaan baru-baru ini.

Pengerusi PH, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa, kemajuan tersebut sangat lemah sehingga reformasi Parlimen belum menunjukkan ada kejayaan.

“Janji dibuat sudah lebih sebulan dan tidak ada satu komitmen untuk melaksanakannya sebaliknya kestabilan politik yang diuar-uarkan.

“Beberapa langkah lain juga bertentangan dengan semangat demokrasi dan ketelusan serta semangat untuk bekerjasama,” katanya di Dewan Rakyat pada Rabu.

Beliau bangkit mencelah apabila Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Datuk Seri Mustapa Mohamed melontarkan isu perlunya kestabilan politik di negara ini bagi memulihkan semula ekonomi serta untuk menarik pelabur asing.

“Saya nak jelaskan di sini kepada menteri supaya membetulkan kenyataannya bahawa (MoU) tersebut ada kemajuan serta meredakan suhu politik.

“Saya nak nyatakan pada hari ini bahawa kami tidak berpuas hati kerana ia lembap dan sengaja dilengahkan," katanya.

Pada September lalu, wakil-wakil pihak Kerajaan dan Pakatan Harapan memuktamadkan sebuah memorandum persefahaman di antara kerajaan Persekutuan dan PH.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!