Pemberi pinjam wang haram sasar pemilik akaun KWSP

KPKT mengesan iklan pemberi pinjaman wang yang mensasarkan pemilik akaun Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP). Gambar hiasan
KPKT mengesan iklan pemberi pinjaman wang yang mensasarkan pemilik akaun Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP). Gambar hiasan
A
A
A

PUTRAJAYA - Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) mengesan iklan pemberi pinjaman wang yang mensasarkan pemilik akaun Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

Menerusi kenyataannya, kementerian itu memaklumkan, iklan yang tular di media sosial itu menggunakan nama Syarikat Pemberi Pinjam Wang (PPW) berlesen atau Kredit Komuniti berdaftar di bawah KPKT bagi memperdayakan orang ramai.

"Iklan-iklan tersebut menawarkan pinjaman pada kadar faedah antara lima hingga tujuh peratus sebulan jauh melebihi kadar faedah yang ditetapkan di dalam Akta Pemberi Pinjam Wang (1951) iaitu maksimum 1.5 peratus sebulan atau 18 peratus setahun bagi pinjaman individu," katanya.

KPKT berkata, pihaknya memandang serius penularan maklumat dan iklan tersebut yang dikhuatiri bukan saja menjejaskan imej bahkan kredibiliti sektor Kredit Komuniti.

"Pada masa sama, ia memberi implikasi negatif kepada orang ramai khususnya peminjam yang terjebak dengan aktiviti tidak bertanggungjawab ini," katanya pada Rabu.

Ujar kementerian itu, orang ramai perlu sentiasa mendapatkan pengesahan maklumat daripada KPKT terlebih dahulu sebelum membuat sebarang perjanjian dan tidak menandatangani sebarang perjanjian kosong.

"Urusan dengan pihak Kredit Komuniti hanya boleh berlaku dalam premis perniagaan yang berdaftar dan sah sahaja," katanya.

Dalam pada itu, KPKT menegaskan mana-mana syarikat Kredit Komuniti berlesen yang terlibat dengan pinjaman mengelirukan atau mengenakan kadar faedah tinggi akan dikenakan tindakan.

Artikel Berkaitan:

"Di bawah Seksyen 17A Akta 400 memperuntukkan denda maksimum RM20,000 atau penjara tidak melebihi 18 bulan atau kedua-duanya sekali.

Sebarang aduan boleh dikemukakan secara dalam talian melalui sistem aduan bersepadu KPKT iaitu aduan.kpkt.gov.my, aplikasi mudah alih i-KrediKom, talianhotline bahagian kawalan kredit komuniti (BKKK) di talian 03-8891 4694/4690 ataupun hadir di Kaunter Aduan KPKT di Aras 1, KPKT di Putrajaya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!