Covid-19: Kes positif dunia lebih 236.1 juta, korban 4.826 juta
JUMLAH kumulatif kes positif Covid-19 seluruh dunia ketika ini melebihi 236.1 juta, berikutan lebih ratusan ribu kes baharu dikesan dalam tempoh 24 jam lepas.
Data terbaharu Johns Hopkins University menunjukkan Amerika Syarikat masih kekal negara paling terjejas dengan 44.0 juta kes.
Ini diikuti India dengan lebih 33.8 juta kes dan Brazil dengan lebih 21.4 juta kes.
United Kingdom kini catat lebih 8 juta kes, manakala Rusia, Perancis dan Turki antara negara yang mencatatkan lebih 7 juta kes.
Argentina melebihi 5 juta dan diikuti Colombia serta Sepanyol yang semakin hampir kepada jumlah tersebut.
Bagi Asia Tenggara, Indonesia mendominasi angka tertinggi kes Covid-19 dengan melebihi 4.2 juta kes.
Ini diikuti dengan Filipina dengan lebih 2.6 juta, Malaysia lebih 2.2 juta kes dan Thailand dengan 1.6 juta kes.
Manakala Singapura merekodkan lebih 109,000 kes.
Sementara itu, angka kematian akibat Covid-19 seluruh dunia kini melebihi 4.826 juta.
Berdasarkan data Johns Hopkins University, Amerika Syarikat kekal merekodkan jumlah kematian tertinggi melebihi 707,000 kes.
Ini diikuti Brazil dengan lebih 598,000 kes, India lebih 449,000 kes, Mexico lebih 279,000 kes.
Sementara Rusia kini catat lebih 208,000 kematian.
United Kingdom, Itali dan Perancis pula merekodkan lebih 100,000 kes kematian.
Negara yang merekodkan angka korban melebihi 93,000 kes adalah Jerman sementara Sepanyol melebihi 86,000 kes.
Bagi Asia Tenggara, Indonesia mendominasi angka kematian dengan lebih 142,000 kes korban.
Filipina di tangga kedua korban tertinggi dengan lebih 38,000 diikuti Malaysia dengan 26,000 kes.
Manakala Thailand dengan lebih 17,000 angka korban. - Awani
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!