Royalti pasir di Melaka: SPRM minta pihak berkaitan tampil

No Image Caption
A
A
A

PUTRAJAYA - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memandang serius dakwaan bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Udang, Datuk Seri Idris Haron berhubung isu pembolotan projek ekonomi dan menipu kerajaan Persekutuan berkaitan royalti pasir di Melaka.

Menerusi satu kenyataan, SPRM meminta mana-mana pihak yang mempunyai maklumat atau bukti salah laku rasuah dan penyelewengan berhubung isu berkenaan supaya tampil memberi kerjasama kepada jabatan itu.

"Ingin ditegaskan bahawa kegagalan untuk melaporkan mana-mana salah laku di bawah Akta SPRM merupakan satu kesalahan yang boleh didakwa mengikut Seksyen 25 Akta SPRM 2009," kata kenyataan itu pada Khamis.

Menurut kenyataan itu juga, SPRM akan menghantar pegawai untuk mengadakan perjumpaan dengan Idris bagi mendapatkan maklumat lanjut berhubung isu tersebut.

ARTIKEL BERKAITAN:Idris dedah pemimpin UMNO bolot projek ekonomi, tipu royalti pasir

Artikel Berkaitan:
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!