'Bukan mahu pertikai kuasa TYT'

Adly Zahari
Adly Zahari
A
A
A

MELAKA - Pakatan Harapan (PH) menegaskan bahawa langkah membawa isu pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka ke mahkamah bukan untuk mempertikaikan kuasa Yang di-Pertua Negeri, Tun Mohd Ali Rustam.

Pengerusinya, Adly Zahari berkata, langkah tersebut adalah selaras dengan peruntukan Perkara 19 (2) Perlembagaan Negeri bagi memastikan pihak berkaitan dapat membuat semakan mengenai proses dan fakta yang ada termasuk mengambil kira representasi semua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dalam menentukan keputusan Pembubaran DUN.

"Seperti kita semua sedia maklum, dalam keadaan sekarang keputusan melaksanakan Pilihan Raya Negeri (PRN) akan memberi risiko terhadap kesihatan rakyat.

"Pengisytiharan darurat pula akan menyebabkan kuasa terhad kepada negeri di samping memberi kesan negatif terhadap ekonomi dan pelaburan," katanya dalam satu kenyataan pada Khamis

Kata beliau, langkah itu boleh membantu menstabilkan semula politik Melaka tanpa perlu mengadakan PRN.

Sebelum ini Sinar Harian melaporkan, PH Melaka memaklumkan sehingga sekarang mereka belum ada rancangan ke Istana Negara pada Khamis.

Menurut Adly, beliau ke Kuala Lumpur adalah untuk membincangkan dan memberi tumpuan isu pembubaran DUN Melaka ke mahkamah menerusi Perkara 19(2) Perlembagaan Negeri.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!