Kementerian Kewangan bentang pindaan RUU Kumpulan Wang Amanah Negara

Mohd Shahar - Foto Bernama
Mohd Shahar - Foto Bernama
A
A
A

KUALA LUMPUR - Kementerian Kewangan pada Khamis membentangkan Rang Undang-Undang (RUU) Kumpulan Wang Amanah Negara (KWAN) (Pindaan) 2021 untuk bacaan kali pertama di Dewan Rakyat di sini.

Rang undang-undang itu dibentangkan oleh Timbalan Menteri Kewangan I, Mohd Shahar Abdullah bertujuan untuk meminda Akta Kumpulan Wang Amanah Negara 1988 (Akta 399).

Pindaan rang undang-undang itu bagi memasukkan bahagian baharu iaitu Seksyen 6 (c).

Ia bertujuan membenarkan dana KWAN digunakan untuk perolehan vaksin dan apa-apa perbelanjaan berhubung vaksin bagi sesuatu wabak apa-apa penyakit berjangkit seperti dinyatakan di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342).

Menurutnya, RUU ini tidak akan melibatkan kerajaan dalam apa-apa perbelanjaan tambahan dan bacaan kali kedua akan dibuat pada sesi mesyuarat kali ini. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!