Melaka dijangka capai kadar vaksinasi 90 peratus dewasa minggu ini

Kamel (berdiri,kiri) ketika melihat pendaftaran individu penerima vaksin pada program Outreach Vaksinasi Orang Asli di Balai Raya Taman Kejora, Kuala Sungga, di sini pada Khamis.
Kamel (berdiri,kiri) ketika melihat pendaftaran individu penerima vaksin pada program Outreach Vaksinasi Orang Asli di Balai Raya Taman Kejora, Kuala Sungga, di sini pada Khamis.
A
A
A

ALOR GAJAH - Melaka dijangka mencapai kadar vaksinasi 90 peratus bagi dewasa pada Khamis atau Jumaat ini kerana sudah merekodkan 89.51 peratus kadar vaksinasi lengkap daripada 677,400 populasi itu.

Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Ts Kamel Mohamad berkata, angka itu memberi gambaran positif, Melaka mampu beralih ke fasa Pelan Pemulihan Negara (PPN) seterusnya tidak lama lagi.

Menurutnya, setakat ini kadar vaksinasi keseluruhan negeri merekodkan sebanyak 65.01 peratus daripada 932,700 populasi.

Katanya, kadar vaksinasi lengkap dewasa itu mampu dicapai menerusi pelbagai program pengagihan vaksin serta usaha mempergiatkan Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK).

"Kadar vaksinasi remaja bawah 18 tahun merekodkan sebanyak 80.09 peratus daripada 86,500 remaja. Ini hanya pada peringkat dos pertama berikutan program vaksinasi golongan tersebut baharu dijalankan di negeri ini," katanya dalam sidang akhbar ketika program Outreach Vaksinasi Orang Asli di Balai Raya Taman Kejora, Kuala Sungga, di sini pada Khamis.

Hadir sama, Pegawai Kemajuan Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) Alor Gajah dan Jasin, Adzrien Ab Rahim.

Dalam perkembangan lain, Kamel berkata, seramai 840 daripada 2,075 orang asli di Melaka lengkap menerima dua suntikan dos vaksin.

Katanya, daripada jumlah populasi itu seramai 1,180 orang asli layak divaksin manakala 340 orang asli masih menunggu giliran bagi melengkapkan dos kedua vaksinasi.

Artikel Berkaitan:

"Dalam program kali ini, 60 remaja masyarakat orang asli termasuk 10 golongan dewasa berusia 18 tahun ke atas menerima suntikan vaksin," katanya.

Mesyuarat Jawatankuasa Khas Pengurusan Pandemik bersetuju membenarkan peralihan fasa Pelan Pemulihan Negara (PPN) bagi Melaka berkuat kuasa pada 1 Oktober lalu daripada Fasa Dua kepada Fasa Tiga PPN.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!