LPP Johor sasar jualan 1 juta botol minyak masak

Sallawudin (kiri) dan Eddlie ( kanan) menunjukkan minyak masak keluaran LPP Johor.
Sallawudin (kiri) dan Eddlie ( kanan) menunjukkan minyak masak keluaran LPP Johor.
A
A
A

JOHOR BAHRU - Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) Johor menyasarkan jualan satu juta botol minyak masak jenama Peladang dalam tempoh setahun selepas diperkenalkan pada bulan lalu.

Pengarahnya, Datuk Sawalludin Ahmad berkata, minyak masak yang dijual dalam botol seberat dua dan lima kilogram (kg) itu sudah mula dipasarkan di semua Peladang Outlet selain pasaraya terpilih sejak 9 September lalu.

"LPP Johor mengeluarkan produk minyak masak menerusi PPK Simpang Renggam yang mempunyai dua kilang sawit di Kahang dan telah mengeluarkan 46 tan minyak sawit untuk pasaran tempatan.

"Minyak masak ini juga sudah mula menembusi pasaran di Pahang, Negeri Sembilan, Melaka dan Perak. Langkah mengeluarkan minyak masak dengan jenama sendiri ini merupakan langkah proaktif bagi melengkapkan rantaian produk makanan dikeluarkan LPP Negeri Johor,"

Beliau berkata demikian selepas sesi dialog pada Program Mengukuh Integriti dan Menangani Rasuah Dalam Penjawat Awam di Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) Negeri Johor, di sini pada Khamis.

Hadir sama Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay.

Dalam pada itu, Sawalludin berkata, minyak masak Peladang dipasarkan di bawah harga siling iaitu pada harga RM28.50 bagi botol lima kg dan RM12.50 bagi botol dua kg.

Sementara itu, Pengurus Besar PPK Simpang Renggam, Eddlie Ismail berkata, sebanyak 9,000 botol minyak masak berkenaan sudah dikeluarkan di pasaran sejak bulan lalu.

Artikel Berkaitan:

"Minyak masak Peladang akan dieksport ke luar negara selepas menerima pertanyaan daripada beberapa syarikat dari Filipina dan Singapura yang berminat untuk memasarkannya.

"Malah kami turut menerima jemputan untuk menyertai Expo Perdagangan di Dubai Februari depan bagi mempamerkan produk minyak masak Peladang selain produk LPP yang lain," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!