Mayat lelaki lemas ditemukan celah batu

Mayat mangsa dibawa ke tebing untuk diserahkan kepada polis. - Foto Ihsan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia.
Mayat mangsa dibawa ke tebing untuk diserahkan kepada polis. - Foto Ihsan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia.
A
A
A

TAMBUN - Mayat seorang lelaki dipercayai hilang selepas terjatuh ke dalam Sungai Tonggang, Tanjung Rambutan sejak Rabu ditemukan tersangkut di celah batu di sini pada Khamis.

Mangsa dianggarkan berusia 20 tahun ditemui oleh pasukan mencari dan menyelamat kira-kira jam 10 pagi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Ipoh, Mohd Azman Husin berkata, sepasukan lapan anggota bergegas ke lokasi kejadian selepas pihaknya menerima maklumat kejadian itu pada jam 8.17 pagi.

Menurutnya, anggota Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) melakukan pencarian kira-kira sejauh 2.5 kilometer dari tempat mangsa dilaporkan terjatuh.

"Pencarian dilakukan di permukaan, kawasan lubuk dan tebing-tebing sekitar sungai.

"Mangsa kemudian dijumpai tersangkut di batu kira-kira 500 meter dari tempat dia dilaporkan terjatuh," katanya di sini.

Mohd Azman berkata, mayat mangsa dibawa naik ke tebing untuk diserahkan kepada pihak polis bagi tindakan lanjut.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!