Malaysia kekal pendirian tak iktiraf gender ketiga

Idris ketika hadir pada Mesyuarat Khas Penggal Ketiga Parlimen Ke-14 di Parlimen hari ini. - Foto Bernama
Idris ketika hadir pada Mesyuarat Khas Penggal Ketiga Parlimen Ke-14 di Parlimen hari ini. - Foto Bernama
A
A
A

KUALA LUMPUR - Malaysia kekal dengan prinsip untuk tidak mengiktiraf gender ketiga, sama seperti golongan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT).

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Idris Ahmad berkata, tindakan itu selari dengan kedudukan Malaysia sebagai sebuah negara Islam yang mengamalkan prinsip keagamaan dan nilai-nilai budaya tempatan.

Justeru katanya, pelakuan yang bertentangan dengan agama, adat dan budaya seperti LGBT dan gender ketiga tidak akan diiktiraf sama sekali.

"Pendirian ini selari dengan 'Cairo Declaration on Human Rights in Islam' yang dipersetujui Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) juga menyatakan, segala perkara yang bercanggah dengan syariah Islam tidak boleh diamalkan di sesebuah negara Islam.

"Jadi kempen (iktiraf gender ketiga) sedemikian adalah tidak sesuai dalam konteks Malaysia.

"Sepertimana Malaysia menolak LGBT begitulah juga Malaysia tidak akan mengiktiraf gender ketiga kerana ia bertentangan dengan fitrah dan syariat Islam," katanya ketika menggulung perbahasan Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK 12) di Dewan Rakyat pada Khamis.

Mengulas lanjut, Idris berkata, kewujudan gender ketiga ini tidak hanya melibatkan isu ketidakharmonian dalam kalangan masyarakat tetapi akan memberi impak yang sangat besar terhadap sistem perundangan sedia ada khususnya perundangan syariah.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!