Hadi Fayyadh dijangka beraksi awal Disember

Hadi Fayyadh dijangka kembali beraksi untuk kelab bola sepak diwakilinya, Azul Claro Numazu di Liga J3, pada Disember.
Hadi Fayyadh dijangka kembali beraksi untuk kelab bola sepak diwakilinya, Azul Claro Numazu di Liga J3, pada Disember.
A
A
A

PENYERANG skuad Bawah 23 tahun (B-23) negara, Hadi Fayyadh Abdul Razak yang dilaporkan mengalami kecederaan ligamen krusiat anterior (ACL) semasa satu sesi latihan Mac lepas, dijangka kembali beraksi untuk kelab bola sepak diwakilinya, Azul Claro Numazu di Liga Jepun 3 (Liga J3), pada Disember.

Pengarah Urusan Yakult (Malaysia) Sdn Bhd, Hiroshi Hamada yang juga penjaga kepada pemain berusia 21 tahun itu berkata, proses pemulihan dan rehabilitasi pemain berjalan dengan baik dan Hadi Fayyadh sudahpun berlatih dengan pasukannya.

“Beliau akan beraksi awal Disember ini dan (Liga J3) masih berlangsung sehingga pertengahan Disember. Perkembangan terkini yang saya terima beliau meningkatkan latihan kecergasan dan kembali kepada latihan bersentuhan dengan pasukan.

Doktor dan jurulatih fizikal pasukan juga telah menyediakan program rehabilitasi untuknya. Mereka berkata Hadi Fayyadh boleh menyertai pasukan itu sebelum musim berakhir pada pertengahan Disember,” katanya.

Hamada (tengah) dan Motoyama (dua kanan) pada majlis penyerahan penajaan kepada MSDeaf di USIM pada Khamis.
Hamada (tengah) dan Motoyama (dua kanan) pada majlis penyerahan penajaan kepada MSDeaf di USIM pada Khamis.

Beliau memberitahu perkembangan pemain itu kepada media selepas majlis menandatangani memorandum persefahaman (MoU) antara Yakult Malaysia Sdn Bhd dengan Persatuan Sukan Orang Pekak Malaysia (MSDeaf) di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) di Nilai pada Khamis.

Di bawah MoU itu, Yakult akan terus menaja sebanyak RM60,000 kepada MSDeaf sehingga Oktober tahun depan.

Program itu turut mengetengahkan bekas pemain kebangsaan Jepun, Masashi Motoyama yang beraksi untuk Kelantan United (KUFC) dengan sumbangan RM10,000 kepada persatuan itu. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!