Perancis bangkit singkirkan Belgium

Pemain-pemain Perancis meraikan jaringan Hernandez dalam perlawanan separuh akhir menentang Belgium, awal pagi tadi. Foto: UEFA Nation League
Pemain-pemain Perancis meraikan jaringan Hernandez dalam perlawanan separuh akhir menentang Belgium, awal pagi tadi. Foto: UEFA Nation League
A
A
A

JUARA dunia, Perancis ketinggalan dua gol untuk menempah slot perlawanan akhir Liga Negara-Negara UEFA apabila menewaskan Belgium 3-2 dalam aksi separuh akhir di Stadium Juventus, Turin awal pagi tadi.

Biarpun begitu De Rode Duivels kendalian Roberto Martinez terlebih dulu di depan menerusi Yannick Carrasco pada minit ke-37 sebelum Romelu Lukaku

melebarkan jaringan pada minit ke-40 bagi menjadikan kedudukan 2-0.

Pada babak kedua, Les Bleus kendalian Didier Deschamps kembali menghidupkan semula permainan selepas Karim Benzema meledak gol pada minit ke-62.

Penyerang sensasi Paris Saint Germain (PSG), Kylian Mbappe kemudiannya menyamakan kedudukan pada minit ke-69 selepas menyempurnakan sepakan penalti sebelum Theo Hernandez meledak gol pada minit ke-90 untuk kedudukan 3-2.

Keputusan itu menyaksikan Perancis bakal membuat perhitungan menentang Sepanyol dalam perlawanan akhir di San Siro yang dijadualkan awal pagi Isnin

La Roja sebelum itu menyingkirkan juara Euro 2020, Itali 2-1 dalam satu lagi perlawanan separuh akhir di Milan.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!