Anwar bertemu empat bekas ADUN

Tular gambar empat bekas ADUN bertemu Anwar baru-baru ini.
Tular gambar empat bekas ADUN bertemu Anwar baru-baru ini.
A
A
A

MELAKA - Pakatan Harapan (PH) Melaka mengesahkan pertemuan empat bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) bersama Pengerusi PH, Datuk Seri Anwar Ibrahim baru-baru ini.

Pengerusinya, Adly Zahari berkata, bagaimanapun pertemuan itu diadakan selepas pengumuman empat bekas ADUN menarik sokongan terhadap kepimpinan Ketua Menteri, Datuk Seri Sulaiman Md Ali.

"Ya, memang ada pertemuan itu tapi selepas mereka menarik sokongan terhadap kerajaan negeri dan kebanyakan isu-isu dibincangkan yang melibatkan soal tadbir urus kerajaan negeri," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Jumaat.

Sebelum ini tular gambar memaparkan empat bekas ADUN iaitu ADUN Pantai Kundor, Datuk Nor Azman Hassan, ADUN Pengkalan Batu, Datuk Norhizam Hassan Baktee, ADUN Telok Mas, Datuk Noor Effandi Ahmad dan bekas Ketua Menteri, Datuk Seri Idris Haron serta Adly bertemu Ahli Parlimen Port Dickson itu.

Sementara itu, Nor Azman berkata, itu pertama kali beliau duduk bersama Anwar dan pertemuan itu kerana Anwar menghargai empat ADUN yang hilang kepercayaan terhadap Sulaiman.

Menurutnya, Anwar menganggap mereka bukanlah pengkhianat namun pejuang bagi menyelamatkan negeri Melaka sekali gus mewujudkan kerajaan perpaduan.

Nor Azman turut memberitahu, setakat ini beliau belum memutuskan untuk menyertai mana-mana parti dan memerlukan masa yang panjang untuk keputusan itu.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!