Tidak hormati semangat MoU di peringkat persekutuan

Tangkap layar semasa program Wacana Sinar Harian Siri ke-296 bertajuk ‘Jebat Vs Tuah Pasca Pandemik’ yang disiarkan menerusi Facebook Sinar Harian pada Khamis.
Tangkap layar semasa program Wacana Sinar Harian Siri ke-296 bertajuk ‘Jebat Vs Tuah Pasca Pandemik’ yang disiarkan menerusi Facebook Sinar Harian pada Khamis.
A
A
A

SHAH ALAM - Krisis pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka menunjukkan pemimpin UMNO tidak menghormati semangat Memorandum Persefahaman (MoU) Transformasi dan Kestabilan Politik yang ditandatangani kerajaan dan pembangkang.

Ketua Cabang Parti Keadilan Rakyat (PKR) Alor Gajah, Datuk Ginie Lim Liew Sin berkata, berdasarkan pilihan raya lalu, wakil rakyat UMNO telah pun ditolak oleh rakyat kerana kerakusan, rasuah dan salah guna kuasa.

Ginie
Ginie

“Yang tandatangan MoU adalah Perdana Menteri daripada parti UMNO, tapi yang lompat parti pula wakil rakyat UMNO. Walaupun di peringkat negeri tidak terikat, ADUN di peringkat bawahan sendiri sudah melanggar semangat yang dibawa parti.

“Maknanya semangat tersebut tidak sampai ke bawah, jadi ini merupakan kegagalan yang telah ditolak oleh rakyat,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjadi panelis Wacana Sinar Harian Siri ke-296 bertajuk ‘Jebat Vs Tuah Pasca Pandemik’ yang disiarkan menerusi Facebook Sinar Harian pada Khamis.

Wacana turut menampilkan Naib Ketua Pemuda UMNO Melaka, Dr Akmal Saleh; Pakar Perlembagaan dari Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Profesor Madya Dr Muhammad Fathi Yusof dan Penganalisis Politik dari Universiti Teknologi Mara (UiTM), Mujibu Abd Muis juga sebagai panelis manakala Ismail Adnan bertindak sebagai moderator.

Mengulas lanjut, Ginie berkata, akta lompat parti juga perlu segera dilaksanakan sebelum Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka kerana krisis yang berlaku di negeri itu boleh menjadi kes ujian yang terbaik.

Artikel Berkaitan:

“Yang penting, wakil UMNO sendiri boleh secara langsung berjumpa dengan Perdana Menteri untuk beritahu supaya buatlah akta lompat parti sebelum PRN.

“Ini merupakan kes ujian yang terbaik selain untuk melihat golongan muda menjadi calon wakil rakyat,” jelas beliau.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!