Cincin, kasut dipulangkan selepas buat rayuan di Instagram
LOS ANGELES - Seorang pemain tenis Britain, Andy Murray pada Khamis mengucapkan terima kasih kepada para pengikutnya di laman sosial Instagram selepas dia mendapat semula sepasang kasut dan cincin perkahwinannya.
Ini kerana kedua-dua barangan itu hilang selepas dia berlatih di sebuah gurun di California.
Selepas pulang berlatih, dia mengambil keputusan untuk meletakkan cincin dan kasut tersebut di bawah keretanya kerana ia berbau busuk di hotel penginapannya.
Murray hanya menyedari kehilangan cincin itu yang sebenarnya tertinggal di dalam kasut selepas ditanya ke mana pergi cincin perkahwinannnya oleh seorang ahli fisioterapi.
Dia kemudian kembali ke kereta dan mendapati cincin dan kasut itu telah hilang.
Justeru, dia membuat rayuan di media sosial bagi meminta supaya cincin dan kasut tersebut dipulangkan.
Selepas para pengikutnya di media sosial menyebarkan berita tentang kehilangan cincin dan kasut itu akhirnya dia mendapat semula kedua-dua barangan berkenaan beberapa jam kemudian.
Namun, Murray tidak menjelaskan secara terperinci bagaimana kasut dan cincin perkahwinannya dipulangkan walaupun pemain tenis itu berkata, dia membuat panggilan telefon dengan pihak keselamatan hotel berhubung kehilangan kedua-dua barangan tersebut. - Agensi
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!