PBNK terima sembilan basikal dari MSN

Fared (empat dari kanan) dan Imran (tengah) melakukan gimik penyampaian basikal berkenaan di bangunan MSN Telipot, di sini.
Fared (empat dari kanan) dan Imran (tengah) melakukan gimik penyampaian basikal berkenaan di bangunan MSN Telipot, di sini.
A
A
A

PERSATUAN Berbasikal Negeri Kelantan (PBNK) menerima sembilan buah basikal termasuk dua basikal trek daripada Majlis Sukan Negeri (MSN) Kelantan untuk kegunaan atlet sukan berkenaan di Kelantan.

Presiden PBNK, Datuk Seri Mohd Fared Abd Ghani berkata, pemberian basikal tersebut dapat membantu mengurangkan kekangan atlet remaja Kelantan untuk menjalankan latihan.

"Kita mempunyai ramai atlet remaja yang berpotensi untuk diketengahkan ke peringkat kebangsaan. Ia juga persiapan Kelantan menghadapi Sukan Malaysia (Sukma) 2026 dan Insya-ALLAH sebagai tuan rumah," katanya kepada Sinar Harian di sini pada Jumaat.

Fared sebelum itu menerima basikal berkenaan di bangunan utama MSN Kelantan Telipot yang disampaikan Pengarah MSN, Imran Mansoor dan disaksikan Penolong Pengarah (Pentadbiran) MSN, Tuan Aziz Tuan Mat.

Antara atlet yang hadir menerima basikal berkenaan di bangunan MSN Telipot di sini.
Antara atlet yang hadir menerima basikal berkenaan di bangunan MSN Telipot di sini.

Menurutnya, PBNK amat menghargai kerjasama MSN kerana sentiasa serius membantu persatuan melalui peruntukan dan bantuan secara berterusan dari segi kewangan dan peralatan.

Artikel Berkaitan:

Beliau berkata, PBNK juga melihat sukan berbasikal ini sebagai satu sukan yang kini mendapat tempat dalam kalangan masyarakat tanpa mengira peringkat umur dan bangsa.

"Kita akan lihat kejayaan sukan ini dengan lebih jauh selepas ini kerana masih ada bakat yang perlu kita cungkil dan bawa ke peringkat lebih tinggi," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!