Tidak guna pihak ketiga kutip sumbangan

Barangan untuk 'Food Bank' akan diagihkan hampir setiap hari dan mereka tidak pernah menyimpan bekalan untuk tujuan lain.
Barangan untuk 'Food Bank' akan diagihkan hampir setiap hari dan mereka tidak pernah menyimpan bekalan untuk tujuan lain.
A
A
A

KOTA BHARU - Kelab Kebajikan Asnaf Kelantan tidak pernah menggunakan pihak ketiga untuk mendapatkan sumbangan daripada penderma.

Pengerusi kelab berkenaan, Ir Meor Shamshir Meor Zulkefli Auni berkata, penderma dari dalam dan luar negara kebiasaannya akan menghubungi kelab dan berurusan secara terus selain ada yang hadir sendiri ke rumah kelab.

"Pemberitahuan ini sangat penting kerana kita tidak mahu ada pihak yang cuba ambil kesempatan dengan cara menipu dan mengguna nama kelab kami. Jika ingin membantu, hubungi kami terus melalui Facebook atau hadir ke rumah kelab ini.

"Ramai juga penderma akan menghubungi saudara-mara mereka yang tinggal berhampiran dengan rumah kelab untuk sebarang urusan sumbangan kepada asnaf," katanya kepada Sinar Harian di sini.

Meor berkata, langkah tersebut sangat penting bagi mengelak berlakunya ketirisan melibatkan orang ketiga selain memudahkan pihak pengurusan kelab mengendalikan setiap bantuan yang di berikan.

Tambah beliau, barangan untuk 'Food Bank' juga akan diagihkan hampir setiap hari dan mereka tidak pernah menyimpan bekalan untuk tujuan lain.

"Kita akan memaklumkan keperluan melalui Facebook apabila stok sudah habis. Saya tidak menggunakan orang ketiga. Inilah kekuatan rumah asnaf apabila kami bergerak sendiri. Usaha kami sendiri," katanya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!