Les Bleus masih antara terbaik

Benzema meraikan jaringan gol pertama Perancis ketika menentang Belgium di Stadium Juventus, Turin. Foto: AFP
Benzema meraikan jaringan gol pertama Perancis ketika menentang Belgium di Stadium Juventus, Turin. Foto: AFP
A
A
A

PERANCIS membuktikan Les Bleus masih merupakan kuasa bola sepak dunia selepas bangkit menyingkirkan Belgium 3-2 dalam perlawanan separuh akhir Liga Negara-Negara UEFA di Stadium San Siro awal pagi Jumaat.

Pengendali Les Bleus, Didier Deschamps berkata, kekalahan pada pusingan 16 terbaik Euro 2020 kepada Switzerland beberapa bulan lalu berjaya diubati dengan kemenangan ke atas Belgium tersebut.

“Perancis berjaya mengembalikan semula maruah bola sepak negara ini dengan kemenangan ke atas Belgium selepas tewas kepada Switzerland di Euro sebelum ini.

“Ya, ini merupakan pasukan yang disingkir pada pusingan 16 Euro 2020, namun dalam fasa kejuaraan ini kami masih di sini.

“Kami telah buktikan bahawa pasukan ini berada pada tahap terbaik selepas mengatasi Belgium yang merupakan pasukan terbaik ranking dunia dan lawan terkuat di benua Eropah,” kata Deschamps selepas tiga jaringan Karim Benzema, Kylian Mbappe dan Theo Hernandez memadamkan gol Yannick Carrasco dan Romelu Lukaku.

Tambah Deschamps lagi, perlawanan menentang Belgium merupakan antara aksi berintensiti tinggi paling mencabar sejak beliau mengambil alih skuad Les Blues pada 2012.

“Ini merupakan antara perlawanan paling mencabar kerana kami menentang lawan yang cukup berkualiti dalam pelbagai aspek.

“Jadi apabila dapat menewaskan pasukan kuat seperti Belgium ini, ia secara tidak langsung mengubah persepsi dan momentum pasukan,” katanya.

Artikel Berkaitan:

Perancis bakal membuat perhitungan dengan Sepanyol bagi menentukan pasukan layak bergelar juara pada awal pagi Isnin di Milan.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!