Rusuhan 'ves kuning' di Paris semakin ganas
Tunjuk perasaan besar-besaran yang semakin ganas itu, menyaksikan lebih 200 orang ditahan manakala hampir 100 lagi cedera apabila perusuh membaling objek ke arah polis pencegah rusuhan, membakar kereta dan merosakkan premis kedai.
Berhampiran Arc de Triomphe yang menempatkan beberapa kedutaan asing, kumpulan penunjuk perasaan membakar van polis dan menterbalikkan kereta.
Sekurang-kurangnya dua bangunan turut dibakar.
Penunjuk perasaan turut merusuh berhampiran Hotel Ritz apabila mereka bertindak menumbangkan dan membakar pokok krismas yang menghiasi jalan raya.
Menurut polis, terdapat pelampau berhaluan kanan dan kiri menyusup masuk ke dalam demonstrasi lebih 5,000 penunjuk perasaan ‘ves kuning’, yang turut mendesak peletakan jawatan Presiden Emmanuel Macron. — Reuters
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!