Menyorok atas siling elak dicekup

Pasangan berkenaan dicekup PADK.
Pasangan berkenaan dicekup PADK.
A
A
A

KULIM - Bimbang di cekup pegawai Penguatkuasa Pejabat Agama Islam Kulim (PADK), seorang lelaki berusia 23 tahun sanggup memanjat siling rumah kira-kira 4.5 meter untuk bersembunyi, semalam.

Kejadian berlaku kira-kira jam 10.15 malam di sebuah rumah teres di taman angsana apabila PADK menerima maklumat dari orang awam.

Ketua PADK, Anwar Syariffudin Mat Saad berkata, serbuan dibuat pada 12.45 malam bersama beberapa pegawai penguatkuasa lain.

"Sebaik tiba di lokasi, kami telah memberi salam dan memperkenalkan diri sebagai penguatkuasa agama.

"Pintu hanya dibuka selepas 15 minit oleh seorang wanita berusia 35 tahun yang tinggal bersama tiga anaknya," katanya.

Beliau berkata, wanita itu menyatakan, hanya tinggal bersama anaknya kerana telah bercerai.

"PADK kemudiannya meminta kebenaran untuk membuat pemeriksaan di dalam rumah.

Lelaki berkenaan dicekup atas bumbung.
Lelaki berkenaan dicekup atas bumbung.

Artikel Berkaitan:

"Ketika pemeriksaan dijalankan, pegawai PADK mendapati ada pergerakkan di bahagian atas siling," katanya.

Anwar berkata, PADK kemudiannya memanjat siling dan menemui seorang lelaki tanpa baju dan hanya berseluar pendek sedang menyorok.

"Daripada siasatan di jalankan, lelaki itu bekerja sebagai mekanik dan berasal dari Tanjung Piandang, Perak. Dia berada di rumah pasangannya sejak jam 8 malam," katanya.

Anwar berkata, pasangan itu kemudiannya dibawa ke Balai Polis Kulim untuk membuat laporan.

"Kes ini akan disiasat mengikut seksyen 25(a)(b) Enekman Kanun Jenayah Syariah Negeri Kedah 2014 kerana disyaki berkhakwat.

"PADK meminta orang ramai supaya terus menyalurkan maklumat bagi membenteras perlakuan maksiat di sekitar daerah Kulim," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!