Lebih 100 maut serangan bom di masjid Syiah di Kunduz

Keadaan di dalam masjid Syiah selepas serangan bunuh diri pada Jumaat. - Agensi
Keadaan di dalam masjid Syiah selepas serangan bunuh diri pada Jumaat. - Agensi
A
A
A

KABUL - Angka kematiam akibat serangan bunuh diri menyasarkan masjid golongan Syiah di bandar Kunduz, utara Afghanistan meningkat kepada 100 orang.

"Maklumat awal menyatakan lebih 100 orang terbunuh dan puluhan lagi cedera," menurut Misi pengaman Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dalam satu kenyataan.

Sebelum itu, media antarabangsa melaporkan serangan tersebut meragut 50 nyawa.

Penduduk di Kunduz menyatakan letupan berlaku ketika jemaah menunaikan solat Jumaat.

Gambar memaparkan tragedi itu tersebar di media sosial, namun tidak dapat disahkan sama ada gambar menunjukkan beberapa mayat terbaring itu diambil di lokasi sebenar.

Video lain menunjukkan lelaki mengarahkan orang ramai termasuk wanita dan kanak-kanak, supaya menjauhi lokasi kejadian.

Sementara itu, jurucakap Taliban, Zabihullah Muhajid mengesahkan letupan berlaku pada waktu petang di sebuah masjid Syiah di Khan Abad, iaitu ibu kota wilayah Kunduz.

Kumpulan Daesh-Khorasan mengaku mendalangi serangan tersebut.

Artikel Berkaitan:

Daesh-Khorasan meningkatkan serangan di Afghanistan selepas Taliban kembali berkuasa.

Difahamkan serangan di masjid Syiah itu adalah yang terburuk sejak kumpulan tersebut melancarkan serangan berhampiran lapangan terbang Kabul pada Ogos lalu yang meragut 169 nyawa termasuk 13 anggota tentera Amerika Syarikat (AS).

Serangan itu berlaku beberapa hari sebelum AS dan sekutunya meninggalkan bumi Afghanistan selepas dua dekad menjajah negara tersebut. - Agensi

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!