Abraham tabik sama Mourinho

Tammy Abraham. - Foto AFP
Tammy Abraham. - Foto AFP
A
A
A

TAMMY Abraham mengakui keputusan untuk berpindah dari Chelsea ke AS Roma selepas mengadakan perbincangan dengan pengendali kelab Serie A tersebut, Jose Mourinho yang mula memberikan impak terhadap gaya permainannya.

Bekas produk akademi Chelsea tersebut mengambil keputusan meninggalkan London pada Ogos apabila menyertai kelab Rome berkenaan dengan nilai perpindahan sekitar 40 juta euro (RM198 juta) kini meledak empat gol dalam 10 perlawanan semua kejuaraan.

Pemain berusia 24 tahun itu menegaskan pada mulanya dia berhasrat untuk kekal bersama juara Eropah tersebut, namun berubah fikiran selepas mendengar perancangan pengendali kelahiran Portugal berkenaan untuk I Giallorossi.

"Mourinho memiliki perancangan untuk membawa AS Roma ke satu tahap lebih tinggi pada masa depan, dan saya mahu menjadi sebagai dari proses berkenaan.

"Selain itu, Mourinho juga merupakan seorang yang baik dan banyak membantu dalam karier saya selama ini. Saya banyak belajar perkara berkaitan taktikal dengannya selama ini yang membantu mematangkan permainan saya," katanya.

Prestasi semasa Abraham membolehkan dia dipanggil menyertai skuad England bagi perlawanan Kelayakan Piala Dunia menentang Andorra pada Sabtu diikuti Hungary di Wembley tiga hari kemudian.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!