Rashford terima anugerah Doktor Kehormat
PEMAIN England yang juga penyerang Manchester United Marcus Rashford menerima Anugerah Doktor Kehormat daripada Universiti Manchester atas kempen kemiskinan kanak-kanak yang diusahakannya.
Anugerah berkenaan turut menyaksikan Rashford, 23 selaku penerima termuda dikurniakan kepada Alex Fergusson dan Bobby Charlton sebelum ini.
Pada kempen tersebut, Rashford turut menggesa pihak sekolah agar menyediakan baucer makanan kepada pelajar pada cuti musim panas.
Ternyata, kempen itu telah mendapat respon yang sungguh menggalakkan daripada ramai pihak di Britain.
“Hari ini, saya tahu, tahu, jutaan keluarga di seluruh United Kingdom yang kehilangan punca pendapatan dan hidup dalam keadaan terumbang-ambing.
“Covid-19 tidak boleh lagi dijadikan alasan untuk tidak membantu mereka. Oleh itu kempen ini berutujuan untuk membantu mereka,” katanya.
Untuk rekod, Rashford telah berjaya membantu meraih dana yang banyak dengan badan-badan kebajikan dalam usaha membekalkan makanan kepada keluarga berkenaan, ketika pandemik Covid-19.
Sementara itu, menurut Rashford, dia sepatutnya menerima anugerah berkenaan pada Julai 2020 lalu.
Namun, ia ditunda sehingga ke tahun ini berikutan penularan pandemik Covid-19.
“Hari ini (Jumaat), tiba giliran saya untuk menerima anugerah ini atas usaha yang saya laksanakan selama ini.
“Apa pun, saya rasa sungguh berbangga dan istimewa untuk menerima anugerah ini setelah Sir Alex (Fergusson) yang memainkan peranan besar di sepanjang perjalanan saya untuk berada ditahap ini,” katanya.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!