Hutan Raub dinoda
Punca warna air sungai menjadi seperti teh ais!
Masakan tidak, sungai yang menjadi punca utama 150,000 warga Raub kelihatan seakan menangis setelah dinodai oleh tanah- tanah yang memasuki aliran sungai tersebut sekali gus menyebabkan warnanya tidak ubah seperti teh ais!
Airnya yang keruh menyebabkan dua loji penapisan berhampiran iaitu Loji Sungai Semantan dan Loji Sungai Bilut tidak dapat menapis serta merawat air untuk disalurkan.Akibatnya penduduk terpaksa menghadapi masalah terputus bekalan air hampir setiap hari terutamanya apabila hujan melanda.
Pengarah Jabatan Pengaliran dan Saliran Pahang (JPS), Jamil Shaari berkata, unit kekeruhan air mentah (NTU) melebihi 1,000 tidak boleh diproses di kedua- dua loji ini.
“Keupayaan peralatan di loji Sungai Semantan dan Sungai Bilut hanya mampu merawat air 1,000 NTU."Sekiranya kadar NTU lebih daripada itu, loji terpaksa menghentikan operasi seketika sehingga NTU air kembali rendah,” katanya.
Menurutnya, menghadapi masalah itu apabila berlakunya hujan lebat yang mengakibatkan air sungai mencapai kadar sehingga 3,000 NTU.
“Ini kerana hujan lebat menyebabkan tanah di kawasan yang dibangunkan itu memasuki sungai dan menjadi lumpur.
“Jadi loji terpaksa ditutup seketika apabila hujan melanda ditambah pula negara sedang berhadapan dengan musim tengkujuh,” katanya.
Justeru, penduduk akan mengalami gangguan bekalan air sehingga lapan jam.
“Masalah ini agak kritikal sejak tiga tahun lepas,” katanya.
Sementara itu, Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Perhutanan, Datuk Mohd Radzi Awang berkata, pihaknya tidak terlibat dengan pembangunan kawasan Pamah Lebar.
“Tiada pengeluaran lesen pembalakan kerana kawasan ini tidak ergonomik untuk pengeluaran kayu,” katanya.Menurutnya, kawasan seluas 1,000 ekar ini adalah milik Kerajaan Pahang yang dibangunkan oleh anak syarikatnya, Perbadanan Setiausaha Kerajaan Negeri (PSK) bagi tujuan pertanian durian Musang King.
Hutan Raub dinodaHutan Raub dinoda Rakus! Hanya itu sahaja perkataan yang bermain di fikiran saya ketika membuat tinjauan udara bersama Timbalan Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli, Tengku Zulpuri Shah Raja Puji terhadap kawasan Pamah Lebar yang dipercayai dibangunkan bagi tujuan pertanian. Masakan tidak, sungai yang menjadi punca utama 150,000 warga Raub kelihatan seakan menangis setelah dinodai oleh tanah- tanah yang memasuki aliran sungai tersebut sekali gus menyebabkan warnanya tidak ubah seperti teh ais! Berita penuh di https://goo.gl/pZwcc5 Youtube: https://youtu.be/XNT4Rqa9YNo
Posted by Sinar Harian on Thursday, November 8, 2018
“Pamah Lebar terletak bersebelahan dengan hutan simpan yang diwartakan sebagai kawasan tadahan air.“Daripada tinjauan udara, kita melihat ada berlaku pencemaran air kerana mereka sedang membuat pembersihan hutan di kawasan tersebut. Tanah- tanah akan turun memasuki sungai,” katanya.
Tambahnya, kawasan itu mempunyai kelulusan Penilaian Kesan Alam Sekitar (EIA).Jamil dan Mohd Radzi antara pegawai kanan kerajaan yang turut serta dalam tinjauan udara di kawasan berkenaan bersama Zulpuri, Sabtu lalu.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!
TNB komited pastikan bekalan elektrik terjamin, berterusan menerusi pelaksanaan RP4
Hukuman sebat: Suhakam tidak wajar pertikai kuasa negeri
Saifuddin kongsi inisiatif bela nasib anggota beruniform
Sudah merdeka 67 tahun, masih ada kekurangan penguasaan bahasa kebangsaan - DBP
Hilang 17 hari, Cikgu Nur Nazalishah ditemui di Teluk Intan
'Bendera China pada replika roket gergasi di Tangkak cetus kebimbangan'
Dua beranak maut: Isteri sempat mohon maaf sebelum kereta terbalik
Buaya mati dilanggar SUV di lebuh raya