PKPD di Kampung Bambangan, Telupid, Sabah tamat esok
SHAH ALAM - Satu lokaliti di Sabah ditamatkan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) bermula Sabtu seperti yang dijadualkan.
Ketua Pengarah Majlis Keselamatan Negara (MKN), Datuk Rodzi Md Saad berkata, lokaliti terlibat ialah Kampung Bambangan, Telupid.
“Ini berikutan selepas meneliti pembentangan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengenai situasi semasa,” katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!