'Tarzan' tinggal atas pokok kerana takut ditangkap polis

 'Drama' seorang lelaki tinggal di atas sebatang pokok selama tiga hari kerana takut ditangkap polis di New York. - Theodore Parisienne/New York Daily News
'Drama' seorang lelaki tinggal di atas sebatang pokok selama tiga hari kerana takut ditangkap polis di New York. - Theodore Parisienne/New York Daily News
A
A
A

NEW YORK - Satu kejadian ganjil berlaku di Queens, New York apabila seorang lelaki tinggal di atas sebatang pokok selama tiga hari baru- baru ini.

Lelaki kulit hitam itu bertindak sedemikian bagi menggelakkan daripada ditangkap pihak berkuasa pada Rabu lalu.

Kejadian berlaku apabila 'Tarzan' yang berumur 44 tahun itu dilaporkan bertindak untuk mengancam ibunya.

Ini menyebabkan ibunya membuat laporan kepada polis.

Namun, apabila polis tiba, lelaki berkenaan melarikan diri denga memanjat bumbung rumah sebelum melompat ke sebatang pokok dekat kediamannya.

Lelaki itu kemudian mengancam akan terjun dari pokok tersebut yang setinggi beberapa meter jika anggota-anggota polis cuba untuk menangkapnya.

Situasi itu menyebabkannya tidur di atas pokok selama tiga hari dua malam.

Bagaimanapun, drama tersebut berakhhir apabila dia akhirnya turun dari pokok itu memasuki hari ketiga.

Artikel Berkaitan:

Polis sebelum ini terpaksa membunyikan siren, menggunakan dron dan berunding bagi memujuknya turun dari pokok tersebut tetapi kesemuanya gagal, lapor portal berita CBS2.

Menurut jirannya, lelaki tersebut mengalami masalah mental dan memerlukan bantuan serta sokongan.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!