Anak buah Wallace Tan mula garang

Skuad Projek Khas Lelaki Kebangsaan ketika berdepan pasukan B-23 Wales.
Skuad Projek Khas Lelaki Kebangsaan ketika berdepan pasukan B-23 Wales.
A
A
A

SKUAD Projek Khas Lelaki Kebangsaan akhirnya meraih kemenangan pertama dalam Siri Jelajah United Kingdom 2021 apabila menjinakkan pasukan Bawah 23 Tahun Wales 2-1.

Anak buah Wallace Tan terlebih dulu di depan hasil jaringan minit ke-48 menerusi Muhammad Noor Firdaus Rosdi sebelum Muhammad Arif Shafie Ishak menyempurnakan pukulan sudut penalti pada minit ke-56 untuk skuad B-21 negara.

Bagaimanapun skuad B-23 Wales berjaya mengurangkan defisit menerusi gol pada minit ke-58 menerusi gerakan padang, mereka berjaya untuk menjaringkan gol dan kedudukan 2-1 berpihak skuad negara kekal menutup perlawanan.

Sementara itu, Wallace menyifatkan walaupun skuad bimbingannya berjaya meraih kemenangan, namun mereka masih akan terus mempertingkatkan lagi tahap pasukan selain melihat terdapat beberapa aspek positif dipamerkan pemain-pemain remaja negara.

“Perlawanan hari ini kami bermain dengan lebih baik selain beberapa kekurangan telah diperbaiki dan kami dapat mencatat kemenangan, namun masih ada ruang yang perlu terus diperbaiki.

“Tujuan utama kami dalam siri jelajah ini adalah untuk belajar dan selepas dua tahun tidak beraksi menentang pasukan dari luar, ini merupakan perlawanan kelima kami dan kami masih lagi dalam proses pembelajaran.

“Baki tiga lagi perlawanan juga kami masih lagi mahu terus belajar kerana daripada situ banyak perkara yang boleh dipertingkatkan termasuk tahap pasukan kami.

“Jadi pada saya yang penting adalah untuk melihat peningkatan daripada satu perlawanan ke satu perlawanan,” jelasnya.

Artikel Berkaitan:

Untuk rekod, skuad B-21 negara menentang pasukan B-21 England untuk perlawanan keenam siri tersebut di Bisham Abbey pada Selasa.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!