Sidang media khas Ismail Sabri petang ini
SHAH ALAM - Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dijadualkan mengadakan sidang media khas pada jam 3 petang ini.
Sidang media berkenaan akan disiar secara langsung di beberapa stesen televisyen tempatan.
Sidang media berkenaan dijangka mengumumkan mengenai pengumuman rentas negeri yang dinanti-nantikan oleh rakyat dan inisiatif bantuan kepada golongan-golongan tertentu sempena negara hampir mencapai 90 peratus kadar vaksinasi Covid-19.
Ahli Parlimen Bera itu difahamkan akan mengadakan sidang media tersebut di Bangunan Perdana Putra, Putrajaya.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!