11 suspek tetak lelaki hingga maut ditahan

Polis
Polis
A
A
A

SERDANG - Seorang wanita antara 11 individu diberkas bagi membantu siasatan berkaitan seorang lelaki yang maut dipercayai ditetak dalam kejadian di sebuah rumah di Jalan Kuyuh, Taman Serdang Utama Seri Kembangan di sini pada Sabtu.

Ketua Polis Daerah Serdang Asisten Komisioner A. A. Anbalagan berkata, kesemua suspek akan direman di Mahkamah Petaling Jaya pagi Ahad.

"11 suspek yang diberkas ini terdiri daripada sembilan warga tempatan dan dua warga asing berumur antara 33 hingga 64 tahun.

"Polis juga masih mengesan senjata yang digunakan dalam kejadian ini," katanya menerusi kenyataan pada Ahad.

Pada Sabtu, seorang lelaki ditemui maut dipercayai dibunuh dalam kejadian di sebuah rumah di Jalan Kuyuh, Taman Serdang Utama Seri Kembangan di sini pada Sabtu.

Mangsa ditemui terbaring dengan kesan darah di kepala dan badan, selain itu terdapat beberapa kesan tetakan di rusuk kanan, belakang badan, dan kedua belah lengan.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!