RedONE rai rakan niaga dengan tawaran hadiah kereta idaman
KUANTAN - Pengendali rangkaian mudah alih, Red ONE Network Sdn Bhd (redONE) menyediakan 20 kereta sebagai hadiah untuk pemenang bertuah Bonanza Kereta Khas bagi menghargai rakan niaga di seluruh negara, tahun ini.
Kereta yang disediakan termasuk dua kereta jenis BMW X1, Toyota Hilux (dua), Proton X70 (dua), Proton X50 (dua), Perodua Ativa (dua) dan Perodua Bezza (10).
Pengarah Jualan redONE Pantai Timur, Steven Yong berkata, bagi melayakkan rakan niaga redONE untuk menerima hadiah itu, mereka hanya perlu mengumpul minimum 100 pendaftaran pascabayar bagi satu tiket cabutan bertuah.
Menurutnya, redONE menyasarkan 1,000 rakan niaga mendapat tiket untuk cabutan bertuah yang akan berlangsung pada majlis makan malam tahunan di Genting Highlands tahun hadapan.
"Tahun lalu, redONE menyediakan 12 kereta iaitu dua Toyota Hilux, Proton X50 (lima) dan Perodua Aruz (lima) sebagai hadiah untuk pemenang yang bertuah Bonanza Kereta Khas bagi menghargai rakan niaga di seluruh negara.
"Peraduan yang dijalankan itu berjaya menarik minat orang ramai untuk menjadi sebahagian daripada keluarga redONE," katanya melalui satu kenyataan pada Ahad.
Majlis penyerahan kunci untuk pemenang Cabutan Khas Kereta 2020 negeri Pahang diadakan pada 14 April dan 27 September lalu.
Dua rakan niaga bertuah dari Pahang terpilih sebagai pemenang bertuah iaitu Adi Din Hussain membawa pulang sebuah Proton X50 dan Loke Han Chee menerima Toyota Hilux.
Majlis penyerahan turut dihadiri Pengurus Jualan Pahang, Lai Chun Hoh dan Pengurus Saluran Pahang, Mohd Nazmun Mohd Noor.
Sementara itu, Steven Yong berkata, bilangan pelanggan baharu di negeri-negeri Pantai Timur dijangka meningkat sehingga 10 peratus tahun ini.
Menurut beliau, keyakinan itu berdasarkan fokus syarikat terhadap pengguna prabayar dan pascabayar selain minat yang tinggi orang ramai untuk menyertai rakan niaganya.
"Sehingga kini redONE mempunyai lebih 400,000 pelanggan di Pantai Timur termasuk untuk rangkaian pascabayar dan prabayar.
"Perkembangan dan keyakinan peningkatan pelanggan baharu itu seiring dengan pelan menarik yang ditawarkan.
"RedONE menyediakan Pelan Data dan Panggilan Tanpa Had (H50U), Smart 38 dsn Smart 68 bersama Telefon Pintar jenama Redmi, Realmi, Vivo dan Samsung.
"Selain itu, redONE juga menyediakan pelan Program Loyalty dengan menawarkan telefon percuma berjenama Vivo, Nokia dan Samsung sebagai tanda penghargaan kepada pengguna setia iaitu Pelan A38 dan A58," katanya.
Steven Yong berkata, sejajar dengan matlamat itu, redOne turut membuka peluang kepada orang ramai yang berminat untuk menyertai rakan niaga melalui Pusat Kejiranan (PNC) dan juga Penasihat Jualan (SA).
"Bagi menghargai rakan niaga, redONE menyediakan insentif dan memberikan rakan niaga perkongsian hasil bagi membantu mereka menjana pendapatan yang kekal dalam jangka masa panjang.
"Inisiatif ini adalah antara kelebihan yang kami tawarkan kepada rakan niaga yang layak," katanya.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!