PKPD di dua lokaliti di Pahang ditamatkan

Gambar hiasan - Foto Bernama
Gambar hiasan - Foto Bernama
A
A
A

SHAH ALAM - Majlis Keselamatan Negara (MKN) melaporkan tiada lokaliti dikenakan atau dilanjutkan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) pada Ahad.

Ketua Pengarahnya, Datuk Rodzi Md Saad berkata, dua lokaliti ditamatkan PKPD bermula Isnin.

“Lokaliti itu membabitkan Kampung Orang Asli Sungai Mai, Jerantut dan Kampung Inoi, Rompin (Kampung Orang Asli Pinggiran).

“Setelah meneliti pembentangan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengenai situasi semasa, PKPD akan ditamatkan di lokaliti berkenaan,” katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!