'Masak makanan tradisi sambut anak balik'

Azni Zainal Abidin
Azni Zainal Abidin
A
A
A

KOTA BHARU - Tiada apa yang lebih menggembirakan hati seorang bapa apabila tidak lama lagi akan bertemu dengan anak-anaknya setelah lebih dua tahun berpisah sejak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan.

Azni Zainal Abidin, 66 tahun memberitahu, dia tinggal bersendirian di Kota Bharu memandangkan lima dari tujuh anaknya berada di Lembah Klang.

"Dua orang lagi berada di Kuantan dan Sabah. Memang saya tinggal sendirian di sini. Ada saudara mara terdekat saja. Isteri pun sudah lama meninggal.

"Memang teruja sebab mereka (anak-anak) dan boleh rentas negeri, tetapi risau juga dan saya berpesan supaya mereka jaga keselamatan," katanya kepada Sinar Harian di sini.

Menurutnya, dia akan menyediakan pelbagai juadah kesukaan anak-anaknya terutamanya masakan Kelantan yang berasaskan lauk tradisi seperti ikan singgang dan ayam percik.

Bapa tujuh anak itu berkata, sejak kerajaan mengumumkan aktiviti rentas negeri bermula Isnin, telefonnya tidak berhenti berdering dengan panggilan dari anak dan cucu yang masing-masing menyatakan keterujaan mahu pulang ke Kelantan.

"Ada juga yang mahu saya ke Kuala Lumpur, katanya mereka mahu berjumpa di sana. Tapi saya suruh mereka pulang dulu, baliklah ke sini dulu. Nanti kita jumpa kemudian di sana. Mereka pun memang teruja mahu balik ke sini.

"Mereka pun penjawat awam, maka waktu cuti pun hari minggu saja. Kena rancang betul-betul. Apa pun saya pesan satu sahaja, semoga selamat sampai dan selamat balik, jangan terlalu nak cepat. Jaga prosedur operasi standard (SOP), jangan main-main. Kita masih belum menang sepenuhnya," katanya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!