Individu masuk Sarawak masih perlu mohon EnterSarawak

Foto hiasan
Foto hiasan
A
A
A

KUCHING - Sarawak membenarkan individu lengkap vaksinasi Covid-19 memasuki negeri itu tanpa perlu mendapatkan kebenaran polis bermula esok selari dengan keputusan kerajaan Persekutuan.

Bagaimanapun, Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak memaklumkan individu yang ingin memasuki Sarawak masih perlu membuat permohonan dalam laman EnterSarawak.

“Selain itu, mereka harus sertakan bukti status 'lengkap vaksinasi' dan keputusan ujian Tindak Balas Berantai Polimerase Masa Nyata (RT-PCR) atau Rapid Antigen (RTK-Ag) negatif (sah untuk tiga hari sahaja) serta lain-lain maklumat peribadi yang berkaitan,” menurut JPBN dalam satu kenyataan pada Ahad.

Pada Ahad sebanyak 1,132 kes positif Covid-19 dilaporkan di Sarawak menjadikan jumlah kumulatif kes positif di negeri itu kini 224,639.

Selain itu, tiga kematian akibat Covid-19 direkodkan di Sarawak dari 2 hingga 8 Oktober manakala jumlah kluster yang aktif pula sebanyak 72. -Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!