Nelydia langkah bendul, Uqasha tak ada masalah

UQASHA SENROSE. Foto: Instagram
UQASHA SENROSE. Foto: Instagram
A
A
A

PELAKON Uqasha Senrose tidak melihat keputusan adiknya Nelydia Senrose untuk berkahwin sebagai satu masalah, biarpun dalam masyarakat ia sudah dipanggil langkah bendul.

Malah perkahwinan Nelydia juga tidak membuatkan dia terburu-buru untuk berkahwin dan menegaskan dirinya kini masih mencari calon suami yang sesuai.

"Kegagalan rumah tangga mak dan kakak saya sendiri membuatkan saya lebih berhati-hati dalam memilih pasangan.

"Kalau boleh saya mahukan pasangan yang boleh membimbing saya dan menerima saya seadanya selepas segala kesilapan yang saya buat sebelum ini," ujarnya ketika ditemui pada majlis sidang media telefilem Saya Jual Ye Bang, di GSC Signature Gardens, baru-baru ini.

UQASHA SENROSE. Foto: Instagram
UQASHA SENROSE. Foto: Instagram

Selain Uqasha, telefilem Saya Jual Ye Bang turut menampilkan Zizan Razak, Nadiyah Sahab, Idris Khan dan Datuk AC Mizal.

Telefilem Saya Jual Ye Bang, akan menemui penonton menerusi Astro First Eksklusif (saluran 480) dan platform digital On Demand, mulai 14 Mac ini.

Dalam pada itu, di tanya mengenai acara menyambut bunga dibaling oleh Nelydia, seperti yang dibuat dalam kebiasaan perkahwinan agama lain, Uqasha berkata, mereka tidak mempunyai niat untuk meniru dan ia adalah acara spontan.

Artikel Berkaitan:

Malah katanya, Nelydia juga belum berkahwin dan kebetulan ketika itu, ramai adik beradik dan kawan rapat mereka ada bersama.

"Acara membaling bunga itu dibuat secara spontan dan bukan dirancang lebih awal.

"Sebenarnya ketika itu, semua yang ada sama sudah mempunyai pasangan, kecuali saya. Tapi tak sangka, saya pula yang dapat menangkap bunga itu," jelasnya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!