Itali terlalu kuat buat Belgium
JARINGAN babak kedua Nicolo Barella dan Domenico Berardi sudah cukup membolehkan juara Euro 2020 Itali melabuhkan tirai Liga Negara-Negara UEFA dikedudukan ketiga selepas menewaskan Belgium 2-1 dalam aksi penentuan tempat ketiga keempat di Stadium Juventus, Turin malam ini.
Kemenangan skuad kendalian Roberto Mancini itu secara tidak langsung mengubati kekecewaan selepas disingkirkan Sepanyol pada pentas empat terbaik sebelum ini.
Kekalahan The Azzurri kepada La Roja itu juga mengakhiri rekod tanpa kalah Itali dalam 37 pertandingan pasukan ranking kelima Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) itu.
Sementara itu, anak buah Robero Martinez meraih gol saguhati hasil jaringan pemain gantian Charles De Ketelaere pada minit ke-86.
Perlawanan akhir awal pagi ini menemukan Perancis dan Sepanyol di Milan.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!